7 Alasan Anda Perlukan Pendapatan Pasif Menerusi Ebook Menjelang 2015

Pendapatan terbahagi kepada 2 iaitu aktif dan pasif. Pendapatan aktif adalah seperti gaji yang anda terima. Anda bekerja untuk menerima pendapatan aktif ini.

Pendapatan pasif pula adalah pendapatan hasil daripada kerja yang sekali anda buat. Contohnya daripada jualan ebook, sewa hartanah dan sebagainya. Untuk memiliki hartanah mungkin sukar untuk kebanyakan orang tetapi tidak sukar untuk mencipta pendapatan pasif menerusi ebook dan produk digital.

Saya berikan anda 7 Alasan kenapa anda perlukan pendapatan pasif menjelang tahun 2015.

 

1. GST – Apabila ia dilaksakan kelak, akan berlaku kenaikan harga bagi kebanyakan produk. Sudah tak lama, tinggal lagi 6 bulan sebelum pelaksanaannya.

2. Mudah untuk dibangunkan. Sangat mudah. Anda boleh menulis dalam M. Word dan tukarkannya kepada fail pdf. Anda boleh jual fail berkenaan sebagai ebook anda. Cara nak jual? Ala..tak perlu pening.. Kat FB pun boleh, kan ada ramai kawan.

3. Duplicatable – Ia boleh diduplikasi untuk membina empayar ebook anda sendiri. Bila anda mula mendapat rentak, semua akan jadi mudah.

4. Automasi – Jualan ebook dan produk digital boleh diautomasi. Anda boleh mendapat pendapatan bersih menerusi pelbagai platform yang ada sekarang.

5. Kos Rendah – Anda tak perlu buat loan atau bergolok bergadai untuk menulis sebuah ebook. Hanya akal yang waras dan tools untuk menulis seperti laptop dan perisiannya. Kalau gagal sekalipun, tak jatuh miskin atau bankrup.

6. Anda Adalah BOS – anda tentukan segalanya untuk produk yang anda hasilkan. Berapa panjang ebook yang ditulis? Harga nak dijual? JV?. Semuanya anda tentukan. Ia hak anda!

7. Duit Segera – Dengan ebook, anda boleh mendapat duit dengan segera hasil jualan ebook dan produk digital yang anda buat. Malah ketika saya nak kahwin dulu, saya boleh mengumpul duit mas kahwin dan belanja kahwin dalam masa 1 minggu menerusi jualan murah “firesale” ebook tulisan saya pada tahun 2008. Tak banyak. Dapat RM30K je. Kalau merancang nak kawin tu, boleh guna cara saya tu. 

Cukup 7 Alasan ini untuk anda mula merancang ebook anda yang pertama dan seterusnya.

Tugasan pertama anda ialah tuliskan 7 tajuk Ebook yang anda ingin tulis…Tulis sekarang juga!!!!

Blur??

Duduk depan cermin… tanya diri.. bidang apa aku terer dan hebat? Memasak? Repair-repair? Jaga Anak?

Seterusnya Tulis Tajuk Ebook Anda!

Blur juga?

Dapatkan [+] http://www.terbitebook.my/produkpower/

p/s: Persoalan sekarang anda nak tengok saje atau ambil tindakan? Bak kata orang tua-tua, “Hendak Seribu Daya, Tak Nak Seribu Dalih”.

 

• Meet the Author • Sham


Mohd Shamsuriyadi merupakan seorang penulis, online marketer dan blogger yang terlibat dalam dunia penulisan sejak 2005. Beliau merupakan pengasas syarikat Ebook Media Publishing yang menfokuskan penerbitan ebook di pasaran tempatan dan antarabangsa.


CC » Featured Posts

Comments on this entry are closed.