Apa Yang Diperlukan Untuk Menerbitkan Ebook?

Saya yakin ramai yang ingin memulakan perniagaan ebook mereka. Cuma mereka tidak tahu bagaimana untuk bermula di mana. Apakah tools atau alatan yang mereka perlukan untuk menulis, bagaimana untuk membuat ecover dan sebagainya.

Ebook Paling Mudah Dalam Format PDF

Kebanyakan ebook hari ini hanya dalam format PDF. Ia adalah singkatan bagi Portable Document Format. Ia adalah kerana format ini sukar untuk diserang virus dan tidak mudah untuk diedit bagi memelihara hakcipta pemiliknya.

Dalam dunia penerbitan ebook pada hari ini, sebenarnya kita tidak perlu perisian yang canggih manggih untuk bermula. Apa yang anda perlukan ialah satu perisian text editor seperti Microsoft Word dan sebagainya. Jika tidak ada, anda boleh guna perisian percuma seperti Google Docs untuk menulis.

Ya. Memang tiada perisian canggih untuk menghasilkan ebook. Malah kini perisian Microsoft Word boleh menukar terus kepada format PDF. Anda boleh save as fail ebook anda kepada format PDF dengan perisian Microsoft Word yang anda miliki di komputer anda.

save_pdf

Dengan cara ini, anda tidak lagi memerlukan perisian lain. Semuanya boleh dilakukan hanya menerusi perisian Microsoft Word versi 2013 ke atas.

 

Selain PDF, Apa lagi Format Yang Sering Digunakan?

Selain daripada fail pdf, terdapat beberapa lagi format ebook digunakan oleh penerbit hari ini. Suatu masa dahulu ada yang menerbitkan dalam format .exe, namun ia mudah diserang virus dan ia tidak sesuai untuk komputer selain daripada sistem operasi Windows seperti I Mac dan sebagainya. Kini boleh dikatakan tiada lagi penerbit menerbit dalam format berkenaan.

Kini zaman mobile sudah bermula. Ebook mula dihasilkan untuk mengikut format telefon pintar dan tablet canggih. Format yang digunakan ialah dalam format .mobi dan juga .epub. Format epub dimulakan oleh Amazon.com khas untuk peranti pembaca ebook mereka iaitu Kindle. Kini ia juga mula digunapakai untuk sistem operasi lain kerana epub boleh dibaca mengunakan aplikasi percuma bagi sistem operasi Android dan juga Apple OS yang digunakan oleh Iphone dan keluaran Apple yang lain.

Malah Windows Phone juga boleh membaca fail berformat epub. Dengan adanya perkembangan teknologi sebegini, ia akan memudahkan penerbit bebas seperti anda dan saya menerbitkan ebook mereka sendiri.

Dengan adanya kemudahan untuk menerbitkan ebook di Google menerusi Google Play. Ia akan mengembangkan lagi perniagaan ebook di seluruh dunia. Bukan hanya di Malaysia, perkembangan perniagaan ebook tidak lagi dikekang oleh sempadan negara.

Tiada lagi sempadan yang boleh menyekat perkembangan penerbitan dan perniagaan ebook di seluruh dunia. Semua orang boleh menerbitkan ebook mereka sendiri samada menerusi platform seperti Google Play dan juga Kindle Direct Publishing yang dipeloposi oleh Amazon.com.

Jadi tiada alasan lagi untuk anda tidak menghasilkan ebook anda sendiri.

Rahsia Penulis Ebook merupakan Panduan Pertama  Di Malaysia yang mengajar anda tentang bagaimana untuk menerbitkan ebook dan menjualnya. Anda boleh dapatkannya di www.penulisebook.com

• Meet the Author • Sham


Mohd Shamsuriyadi merupakan seorang penulis, online marketer dan blogger yang terlibat dalam dunia penulisan sejak 2005. Beliau merupakan pengasas syarikat Ebook Media Publishing yang menfokuskan penerbitan ebook di pasaran tempatan dan antarabangsa.


CC » Featured Posts

0 comments… add one

Don’t Be Shy » Leave a Comment!