Cabaran Bisnes Ebook Di Malaysia

Saya menerbitkan ebook sejak tahun 2006. Jadi kini sudah 9 tahun saya bergelumang dalam perniagaan dan penerbitan ebook di Malaysia. Apa yang uniknya tentang pasaran Malaysia, jika anda mendapatkan JV partner yang bagus.. Ia akan boom dengan cepat… Tapi hayat produk juga cepat tamat.

Ramai Top IM yang popular sekarang ini seperti Ammar Zahar, Jamal Sifufbads, Labanon dan ramai lagi bermula dengan perniagaan Ebook. Saya melihat perkembangan mereka ini. Ramai juga yang sudah karam kerana kesilapan dalam perniagaan mereka menjadi scammer yang merosakkan nama IM Malaysia sendiri.

Namun dengan adanya Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM), masalah ini sudah berkurangan walaupun masih adaa kes yang berlaku. Kini mereka yang terlibat dalam bisnes produk digital mula berubah kepada bisnes produk fizikal dan juga dunia latihan.

Market Ebook Malaysia Sudah Suram?

Tidak! Jika kena dengan niche tertentu, ia tidak suram sebagaimana yang disangka. Masih ramai IM baru yang berjaya membuat jualan puluhan ribu malah ratusan ribu ringgit dalam masa yang singkat. Kita boleh lihat bagaimana pelancaran ebook Niche kerjaya keluaran IKR menghasilkan jualan mencecah RM600K pada tahun 2014 yang lepas.

Malah ada beberapa IM lain yang berjaya menghasilkan jualan ratusan ribu dalam masa sebulan seperti Faris Azaki dan partnernya menerusi ebook Rahsia Pukau Pelanggan dan beberapa lagi IM lain yang underground. Malah ada usahawan ebook yang menghasilkan jualan Jutaan ringgit pada tahun 2014 lepas? Siapa? Ia adalah pemilik Ebook Rahsia Forex Sebenar!

Jadi jangan katakan bisnes Ebook sudah suram. Ia bergantung kepada JV partner dan juga permintaan produk yang dihasilkan. Tahun 2015? Ada. Presiden PUIM sendiri iaitu Gero Azrul menghasilkan jualan ratusan ribu dalam masa sebulan lebih dengan produk Forex dengan CD BBMA.

Perniagaan Ebook Masih Kuat dan Hidup Di Malaysia

Jika anda melihat kepada produk berbentuk Internet Marketing, anda mungkin rasakan ia sudah tepu kerana pelbagai produk yang telah dihasilkan. Mungkin juga. Mungkin juga produk yang dihasilkan tidak menepati apa yang disangkakan menyebabkan mereka yang membeli sebelum ini tidak lagi membeli.

Kuciwa la katakan…

Jadi sebagai penerbit atau penulis, anda bertanggungjawab untuk menghasilkan satu produk yang benar-benar membantu dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pembeli. Berikan perkhidmatan yang terbaik kepada mereka.

Penghasilan Sales Letter yang terlalu hype juga membuatkan mereka yang membeli tidak lagi membeli ebook yang dihasilkan oleh penulis ebook Malaysia. Namun sebenarnya market masih luas, anda boleh memasarkan menerusi platform lain seperti Google Playstore dan direktori affiliate seperti Ashadee.com, Klikjer.com dan JVzoo.com untuk membantu meningkatkan jualan.

Cabaran Sebenar Dalam Bisnes Ebook

Cabaran sebenar dalam bisnes ebook di Malaysia ialah customer support. Ia akan menentukan mereka setia dengan anda ataupun tidak. Biasanya orang membeli ebook hanya sekali, jika anda dapat membantuk “tribe” anda, maka anda akan dapat membantuk kumpulan pembeli yang akan membeli dan membeli produk yang anda terbitkan.

Produk yang dihasilkan juga mestilah menepati apa yang pelanggan mahukan. Mereka mahukan apa yang mereka bayar berbaloi dengan apa yang mereka dapat. Jika ia tidak dapat menepati kemahuan atau kehendak mereka, ia akan berhenti membeli daripada anda.

Customer support dan After Sales Support adalah perkara yang memenatkan. Ini menyebabkan ramai IM produk digital sebelum ini beralih kepada produk fizikal yang mempunyai kadar belian balik yang lebih tinggi. Jadi kos untuk pemasaran lebih rendah dengan mengunakan database pembeli sebelum ini.

Masalah customer service juga lebih mudah kerana mereka dapat pegang dan guna produk yang dibeli. Berbeza dengan ebook, apa yang mereka dapat ialah ilmu. Malah kebanyakan mereka tidak mengamalkannya!

Karenah dalam bisnes produk digital seperti ebook juga banyak. Itulah antara cabaran utama bisnes ebook di Malaysia. Namun, bisnes ini tetap menguntungkan!

======================

Rahsia Penulis Ebook – www.PenulisEbook.com

• Meet the Author • Sham


Mohd Shamsuriyadi merupakan seorang penulis, online marketer dan blogger yang terlibat dalam dunia penulisan sejak 2005. Beliau merupakan pengasas syarikat Ebook Media Publishing yang menfokuskan penerbitan ebook di pasaran tempatan dan antarabangsa.


CC » Featured Posts

0 comments… add one

Don’t Be Shy » Leave a Comment!