FB Ads Vs Google Ads: Yang Mana Terbaik?

FB Ads Vs Google Ads: Yang Mana Terbaik?

Bagi mereka yang masih tercari-cari cara yang terbaik dalam mengiklankan produk anda. Facebook atau Google? Ini jawapan saya untuk membantu anda dalam membuat keputusan dalam pengiklanan anda.

fb vs adwords

1. Bagi mereka yang menjual produk berbentuk ubat kurus atau ubat kuat. FB Ads lebih sesuai kerana ia adalah produk sebegini dilarang diiklankan di Google. Jadi jangan iklan kat Google. Jadi tiada ubat-ubat di Google. Jadi jauhi Google jika anda dalam industri ubat-ubatan ini kerana akaun anda mungkin akan disuspended.

2. FB sesuai untuk produk berbentuk relationship seperti seks, fesyen, kecantikan dan seangkatannya dengannya kerana ia adalah social media. Google tidak membenarkan iklan berbau lucah kerana memastikan privacy penggunanya kerana tiada tapisan umur untuk mengunakan google. Di FB, boleh guna targeted demografi ini untuk mensasarkan iklan anda.

3. Di FB, kita boleh mensasarkan kepada demografi berdasarkan maklumat pengguna masukkan seperti umur dan jantina. Di google juga boleh tapi ia mengunakan data penggunaan komputer iaitu tabiat pengguna di komputer berkenaan.

4. Kedua-dua FB ads dan Google Adwords mempunyai fungsi remarketing iaitu memasarkan kembali kepada mereka yang pernah melihat iklan berkenaan.

5. Mengikut Kajian, Facebook mencapai 51% capaian pengguna internet. Manakala Google mencapai 90% penguna internet di seluruh dunia. Dari segi pageview, FB mencapai 1 trilion views dan adwords 180 billion impression. Lebih prospek di Google berbanding FB sebab bukan semua orang mempunyai akaun FB. Untuk mengunakan Google, anda tidak semestinya memerlukan akaun.

6. Di FB lebih kepada menjual secara bersosial manakala di google lebih kepada straight to point terus ke laman web jualan. Beli atau keluar daripada laman web jualan… di FB, orang suka per PM,PM. Namun, di Google ia lebih targeted kerana kita boleh sasarkan berdasarkan carian yang dilakukan oleh penggunanya.

Yang mana terbaik? Ia mengikut produk dan situasi. Tidak dinafikan kedua-duanya adalah gergasi internet.

Yang penting, kumpul list dan buyer list agar kempen pemasaran anda tidak bocor dan boleh diubah perjalanannya.

-sham
http://www.terbitebook.my/seniadwords/

• Meet the Author • Sham


Mohd Shamsuriyadi merupakan seorang penulis, online marketer dan blogger yang terlibat dalam dunia penulisan sejak 2005. Beliau merupakan pengasas syarikat Ebook Media Publishing yang menfokuskan penerbitan ebook di pasaran tempatan dan antarabangsa.


CC » Featured Posts

Comments on this entry are closed.