Kenapa Saya SUKA Menulis?

Kenapa Saya SUKA Menulis?

Saya merupakan seorang graduan dalam bidang IT. Persaingan dalam bidang ini sangat mencabar sebenarnya. Jadi saya mengambil keputusan untuk bekerja dengan cara saya yang tersendiri. Menjadi seorang penulis. Dalam bidang penulisan sebenarnya sangat luas. Saya boleh menulis ebook, saya boleh menulis buku bercetak, saya boleh menulis blog, saya boleh menulis artikel untuk akhbar dan majalah dan banyak lagi.

Cuma mahu atau tidak menulis? Semuanya ada dihadapan untuk diambil tindakan iaitu menulis..

Bila bercerita tentang kejayaan menulis? Ada juga yang bersikap sinis…

Ala.. dia tu kaya sebab tulis ebook la… dia nak jual ebook la tu.. dan sebagainya.

Sebenarnya mereka juga boleh lakukannya. Tak kemana kalau asyik kondem dan mencari kesalahan orang lain padahal ia bukan menjadi kesalahan untuk menjual ebook atau menjual buku. Salah untuk menjual?

Sikap segelintir orang yang tertutup mindanya ini sebenarnya merugikan mereka sendiri. Mereka belajar dengan buku aka Kitab kalau dalam bahasa Arab. Dalam Islam sendiri, surah pertama yang diturunkan ialah berkenaan membaca. Ia bermakna membaca sangat penting dalam Islam. Ia sepatutnya menjadi budaya dalam ISLAM itu sendiri.

Bagi mereka yang baru ingin berjinak dalam bidang penulisan? Teruskan. Abaikan suara sumbang berkenaan. Bukan mereka yang memberi rezeki kepada anda. Allah yang memberikan rezeki. Alhamdulillah rezeki saya dalam penulisan. Hasil penulisan saya boleh menyara keluarga saya hingga kini. Allah pemberi rezeki, bukan mereka yang bising mempertikai kenapa saya menjual ebook?

Sejak 2005, bermula sebagai cara saya mengulangkaji dengan membuat ringkasan nota kuliah di blog saya. Ia menjadi satu budaya hidup saya. Saya lebih petah menulis berbanding bercakap sebenarnya. Bagi mereka yang pernah bertemu dengan saya, saya lebih suka mendengar berbanding bercakap. Dunia penulisan adalah dunia saya kini dan akan saya usahakan selagi termampu.

Ia adalah cara untuk saya berkongsi ilmu apa yang saya tahu hasil daripada pembelajaran dengan ramai pakar online marketing dunia di dunia dan dikongsikan menerusi penulisan dan juga video.

Saya suka kerana saya hanya perlu bersusah payah sekali, ia boleh disampaikan kepada beribu orang.

Kerana penulisan juga saya boleh melihat anak-anak membesar di depan mata…

Kerana penulisan juga saya boleh hantar dan ambil anak ke sekolah tanpa takutkan bos marah kerana saya adalah bos….

Kerana penulisan juga saya dapat membantu keluarga… Saya anak seorang petani. Kedua dua ibu bapa saya adalah buta huruf.. Tanpa sokongan mereka, saya siapalah saya… Saya tidak pernah menceritakan tentang keluarga saya sehingga hari ini…Sejak kecil hidup dengan seadanya, kemewahan bukan cara hidup saya…

Saya bermula daripada zero seperti semua orang….

Saya bukan seorang hero, tapi penulisan saya telah banyak membantu orang mengubah hidup mereka. Itu semua adalah perancangan Allah buat saya dan saya terima amanah ini dengan Redha dan senang hati kerana saya suka menulis.

Saya juga buat silap, pernah rugi, pernah gagal dan banyak lagi… Ia mengajar saya.. Andainya anda melihat saya membuat kesilapan, tegurlah saya… Saya seorang yang boleh menerima teguran. 🙂

Kenapa Letakkan Halangan Untuk Menulis?

Setelah bertahun-tahun dalam penulisan dan terutamanya dalam ebook teknikal. Ramai daripada mereka meletakkan halangan di minda mereka. Mereka cepat mengalah apabila masalah mendatang..

Dunia memang tidak adil untuk mereka yang suka mengalah…Namun ia satu anugerah buat mereka yang berusaha untuk maju ke hadapan. Semakin hari kehidupan akan semakin susah? Mengadu kat FB? Adakah ia boleh mengubah keadaan?

Tidak sama sekali!!! Mengadu kepada ALLAH, Tuhan yang ESA. DIA lah sebaik-baik penolong.

Kerajaan tarik balik subsidi Minyak 20 sen, semua barang mula naik harga. Mengadulah kepada ALLAH semoga dipermudahkan segalanya. Nilai pendapatan bukanlah satu kebanggaan. Yang bergaji RM6,500 merasakan tidak mencukupi, yang bergaji RM1,500 apatah lagi.

Yang kita wajib pohon ialah keberkatan. Tidak kira berapah angka pendapatan kita, jika berkat. Segalanya dipermudahkan.

Perbelanjaan pula ukur baju dibadan sendiri.. Dengan gaji RM1,500 usah berlagak seolah olah berpendapatan RM10,000. Itulah yang membelit kebanyakan orang hari ini. Dengan gaji RM1,500 usah bermimpi untuk memiliki gajet canggih dan mahal. Memadai dengan handphone murah yang boleh memenuhi keperluan anda..

Penulisan Memberikan Ruang Untuk Menambah Pendapatan

Kini sudah 9 Tahun, penulisan menjadi sumber pendapatan saya. Sesiapa sahaja boleh melakukannya. Jika takut majikan tahu, gunakan nama pena. Ia tidak menjadi satu kesalahan pun jika tidak mengunakan nama sebenar dalam penulisan.

Penulisan sememang mengubah hidup saya.. Ia menjadi saya seorang yang suka membaca dan suka belajar sesuatu yang baru… Anda juga boleh melakukannya. Tiada alasan untuk anda mengalah dengan keadaan yang berlaku sekarang.

Anda kita boleh mengubah hidup kita, bukan menyalahkan keadaan… Minyak naik 20 sen je. Jangan ia menyebabkan anda menyerah kalah. Minta kepada ALLAH, bukan pemerintah. Saya yakin ia akan mengubah hidup anda.

===========================================

BUAT DUIT DENGAN MENULIS

==========================================

Saya mempunyai satu CD yang menceritakan peluang berkenaan bagaimana untuk anda menambah pendapatan menerusi penulisan.  Anda boleh dapatkannya di

[+] http://www.buatduitmenulis.com

p/s: Ia adalah salah satu cara untuk saya berkongsi apa yang saya tahu. Andainya anda membaca penulisan saya ini, mungkin sudah sampai seru untuk anda mula menulis dan mengubah hidup anda dengan penulisan.

• Meet the Author • Sham


Mohd Shamsuriyadi merupakan seorang penulis, online marketer dan blogger yang terlibat dalam dunia penulisan sejak 2005. Beliau merupakan pengasas syarikat Ebook Media Publishing yang menfokuskan penerbitan ebook di pasaran tempatan dan antarabangsa.


CC » Featured Posts

0 comments… add one

Don’t Be Shy » Leave a Comment!