Kisah Jutawan Ebook – Amanda Hocking Mengubah Dunia Penerbitan

Kisah Jutawan Ebook – Amanda Hocking Mengubah Dunia Penerbitan

Amanda Hocking merupakan seorang remaja yang sangat kreatif dalam penulisan novel. Beliau telah mencuba mencari penerbit untuk menerbitkan novel beliau. TIADA satu penerbit yang sudi menerbitkan karya beliau.

Beliau hampir putus asa. Dan cuba menerbitkan novel dalam bentuk ebook di Amazon. Booom…

amanda hocking

Nasib beliau berubah. Di tambah ketika itu sedang berlaku demam filem Vampire yang kacak Twilight. Novel beliau juga dalam genre yang sama, seram romantik.

Beliau boleh menyiapkan sebuah novel hanya dalam masa 2-3 minggu dengan kerjanya sebagai seorang jururawat penjaga orang kurang upaya. Dengan masa yang terhad, beliau menulis sehingga terdapat 17 siri novel berjaya disiapkan pada tahun 2010.

Tiada penerbit yang sudi menerbitkan karya beliau. Sehingga menerbitkannya sendiri menerusi Kindle Direct Publishing pada 15hb April 2010. Pada bulan pertama, hasil yang diperoleh adalah USD6,000 dan beliau berhenti kerja.

Dengan 17 siri novel ditangan, beliau tidak memandang ke belakang lagi. Pada bulan Januari 2013 sahaja, beliau menjual 100,000 unit ebook beliau di Amazon.

Pada November 2013, beliau menjual 1 juta unit ebook di Amazon. Harga ebook beliau hanya USD2.99 dengan royalti sebanyak 70%. Beliau mendapat pendapatan bersih sebanyak $2.09 didarabkan dengan 1 juta. Beliau menghasilkan $2 juta sebulan hanya dengan ebook berharga kurang $3.

$2,000,000 sebulan tu…

Ini adalah kisah kejayaan dari Zero kepada Hero kepada dunia penerbitan sendiri di seluruh dunia. Ia menjadi kisah motivasi buat saya. Kini terdapat lebih daripada 20 judul ebook beliau di Amazon.

Penerbit mula berebut untuk menerbitkan karya beliau.

Begitulah kisah seorang usahawan produk digital hari ini. Beliau tahu membuat kajian tentang trend dan permintaan sebelum mula menulis.
Jadi buat kajian dulu sebelum menghasilkan produk digital termasuk ebook anda.

Berikan apa yang pelanggan mahu. Bukan apa yang anda mahu. Tak perlu mencipta tayar, hasilkan tayar lebih baik.

Panduan membuat kajian pasaran dan mencari idea bagi menghasilkan produk digital.

[+] http://www.terbitebook.my/produkpower/

P/s: Pasaran  sangat besar. Kita sedang berubah kepada dunia digital. Jadi sebahagian daripadanya.

• Meet the Author • Sham


Mohd Shamsuriyadi merupakan seorang penulis, online marketer dan blogger yang terlibat dalam dunia penulisan sejak 2005. Beliau merupakan pengasas syarikat Ebook Media Publishing yang menfokuskan penerbitan ebook di pasaran tempatan dan antarabangsa.


CC » Featured Posts

1 comment… add one

  • Tuan, bantu saya bagaimana cara nak supaya lebih ramai orang tahu pasal blog saya seterusnya trafik meningkat. Masalah saya ialah kurang orang tahu pasal wordpress saya seterusnya jualan ebook kurang.

    Reply

Don’t Be Shy » Leave a Comment!