Permohonan ISBN Di Malaysia

Jika anda ingin menerbitkan buku, antara perkara yang perlu diperolehi ialah nombor ISBN atau International Standard Book Number. Setiap negara, terdapat badan khas untuk menguruskan database rekod penerbitan buku di Malaysia. Setiap judul buku akan mendapat nombor yang unik. Ia diterimapakai di seluruh dunia.

isbn

Permohonan ISBN Di Malaysia

Bagi penerbit di Malaysia, pengkatalogan nombor ISBN ini diuruskan oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). Setiap penerbit perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum boleh memohon ISBN untuk setiap judul buku yang ingin diterbitkan.

Anda boleh layari http://www.pnm.gov.my

Perkhidmatan ini adalah percuma. Di luar negara, ISBN perlu dibayar oleh penerbit bagi membolehkan buku yang diterbitkan diterima pakai di seluruh dunia. ISBN boleh dijadikan satu marketing tools untuk penerbit memasarkan buku terbitan mereka.

Pendaftaran ISBN Untuk EBOOK Juga Diterima

Ya. Anda boleh mendapatkan ISBN untuk ebook yang anda tulis dan hasilkan. Jadi karya anda akan direkodkan dan dikatalog oleh PNM dan anda boleh mengunakan ISBN ini untuk menjual ebook anda di peringkat antarabangsa seperti di Amazon.com.

Kini terdapat 2 kategori ISBN iaitu ISBN untuk buku bercetak dan eISBN untuk penkatalogan ebook hasil tulisan penulis Malaysia. Kebanyakan karya ebook di Malaysia tidak didaftarkan. Jadi PNM agar sukar untuk membuat rekod berkenaan jumlah ebook yang telah diterbitkan di Malaysia oleh penerbit persendirian dan juga penerbit individu.

Kini hadapan ISBN bernombor 978 dan bakal menjadi 979 tidak lama lagi setelah nombor siri 978 telah habis dikatalogkan oleh badan-badan yang dilantik di seluruh dunia. Jika anda ingin mendapatkan nombor ISBN, boleh berurusan dengan PNM untuk pendaftaran.

Borang pendaftaran penerbit dan juga pendaftaran judul buku juga ada di laman web PNM pada bahagian Penerbit. Semoga artikel ini dapat membantu anda dalam memohon nombor ISBN untuk ebook dan juga buku yang anda ingin terbitkan.

• Meet the Author • Sham


Mohd Shamsuriyadi merupakan seorang penulis, online marketer dan blogger yang terlibat dalam dunia penulisan sejak 2005. Beliau merupakan pengasas syarikat Ebook Media Publishing yang menfokuskan penerbitan ebook di pasaran tempatan dan antarabangsa.


CC » Featured Posts

Comments on this entry are closed.