RM400K Dalam Masa 10 Hari Dengan Ebook

Jarang kita dengan ada syarikat penerbitan ebook boleh menghasilkan ratusan ribu dalam masa beberapa hari. Dalam artikel ini, jumlah sebenarnya ialah 100 hari. Angka sebenar jualan bagi Ebook Tips Ptd adalah melebihi RM400 Ribu dalam masa 10 hari jualan. Namun ia bukan hasil jualan sendiri tetapi disokong oleh ratusan affiliate yang membuat jualan.

Jualan RM400K Dalam Masa 10 Hari Dengan Ebook

Komisen yang bakal dibayar pula ialah lebih RM106,000 menurut pengurus besar syarikat Inforkerjaya Resources PLT. Ia merupakan angka jualan terbesar syarikat berkenaan dan juga boleh dikatakan terbesar dalam sejarah Internet Marketing Malaysia.

Ketika ramai orang mengatakan ebook tidak releven lagi dengan pasaran Malaysia. IKR membuktikan sebaliknya. Ebook masih lagi releven dengan pasaran hari ini jika kena pada caranya. Harga yang ditawarkan pula antara RM40 sehingga RM120. Malah penjual terbanyak juga telah menjual RM51,000 dengan lebih daripada 600 orang membeli daripada beliau.

sales-ikr-ptd-2016

Di dalam carta jualan affiliate ini dalam bentuk jualan, bukan komisen. Jadi kita boleh tengok sendiri bagaimana pasaran di Malaysia bagi mereka yang membangunkan produk ebook mereka. Jika kena pada permintaan, jualan tinggi sebegini boleh dicapai dengan bantuan daripada affiliate yang setia.

Jualan ebook ini hanya dibuka selama 10 hari sahaja.

IKR hanya mengeluarkan ebook panduan peperiksaan SPA sahaja. Ianya hanya akan muncul jika terdapat peperiksaan online yang dikendalikan oleh SPA. Dengan calon peperiksaan lebih daripada 100,000 yang diumumkan oleh SPA. Ia merupakan satu angka yang cukup besar bagi sasaran yang terdesak mencari rujukan untuk peperiksaan mereka.

Tips Buat Mereka Yang Inginkan Bangunkan Perniagaan Ebook

Saya terlibat dalam perniagaan ebook sejak 2006. Jadi ini adalah antara apa yang saya dapati dalam jualan ebook yang besar dalam sejarah Malaysia.

  1. Mempunyai affiliate yang setia
  2. Mempunyai database emel yang besar
  3. Mempunyai prospek yang sangat terdesak

Jadi apa yang perlu anda buat ialah bangunkan produk yang mensasarkan golongan yang terdesak dalam sesuatu perkara. Contohnya bagaimana nak membeli rumah pertama, membeli kereta pertama, membeli kereta secondhand, bagaimana nak selesaikan hutang dalam masa singkat dan sebagainya. Ia mempunyai permintaan yang tersendiri.

Agak sukar untuk anda bangunkan produk yang mempunyai jenama yang kuat sebagai pesaing anda seperti membuat ebook yang hampir sama dengan IKR.

Anda tidak akan mendapat angka jualan yang besar kerana tidak mempunyai jaringan affiliate yang setia yang menjadi tentera pemasaran yang sangat kuat. Sebab itu banyak produk ebook sukar untuk menandingi pioneer dalam pasaran berkenaan. Banyak yang akan terkubur kerana tidak mampu untuk diteruskan oleh pembangun produk.

Antara faktor lain ialah mempunyai prospek yang terdesak. Jadi anda perlu cari masalah dan menawarkan ebook anda sebagai jalan penyelesaian masalah. Jual air kepada mereka yang sedang haus. Itulah strategi jualan ebook anda.

Boleh saya katakan Ebook Tips PTD keluaran IKR ini merupakan ebook paling laris pada tahun 2016 dan dalam sejarah jualan ebook di Malaysia setakat ini. Saya jangkakan mungkin jualan IKR tahun ini akan melebihi RM1juta jika SPA membuat banyak pengambilan pada tahun ini.

Nak belajar bangunkan dan jual ebook anda sendiri?

Kami ada sediakan panduan khas untuk anda ingin membangunkan produk ebook bagi pasaran Malaysia dan luar negara. Anda boleh dapatkan Rahsia Penulis Ebook. Ia telah membantu ribuan orang sejak dilancarkan pada tahun 2007. Anda boleh dapatkannya di www.penulisebook.com

• Meet the Author • Sham


Mohd Shamsuriyadi merupakan seorang penulis, online marketer dan blogger yang terlibat dalam dunia penulisan sejak 2005. Beliau merupakan pengasas syarikat Ebook Media Publishing yang menfokuskan penerbitan ebook di pasaran tempatan dan antarabangsa.


CC » Featured Posts

Comments on this entry are closed.