Terbit Ebook Di Amazon, Meneroka Pasaran Antarabangsa

Amazon merupakan satu pasaran yang sangat besar buat penulis samada penulis baru mahupun penulis lama. Ia menjadi antara platform ramai penulis persendirian dan syarikat penerbitan indie memasuki pasaran penerbitan ebook dengan kos yang rendah. Malah sudah mempunyai jutaan pelanggan setiap hari ini. Semuanya dipermudahkan menerusi Kindle Direct Publishing.

Terbit Ebook Di Amazon Buat Penulis Malaysia?

Adakah ia boleh dilakukan? Ya. Sudah tentu. Di Amazon tidak limitasi dimanakah penulis harus tinggal kerana ini dunia tanpa sempadan dengan internet. Penulis di Malaysia boleh memasarkan ebook mereka di pasaran antarabangsa. Dengan kata lain dengan 14 Amazon di 14 buah negara. Malah akses untuk Amazon juga sebenarnya lebih besar.

Dengan capaian berbillion prospek daripada 14 negara yang mempunyai ramai penduduk dan kuasa beli yang tinggi. Ia tidak mustahil buat penulis Malaysia mencipta nama di pasaran antarabangsa.

Semuanya percuma. Anda boleh menjual ebook anda dengan percuma. Amazon hanya mengambil peratusan daripada transaksi yang berlaku.

Royalti Setinggi 70% di KDP

Wow. Ia cukup tinggi kerana penerbit di Malaysia hanya menawarkan royalti diantara 7 hingga 15 peratus daripada harga buku yang diterbitkan. Jika anda terbitkan sendiri, anda mungkin perlu membuat pemasaran dan juga mengeluarkan kos pengiklanan untuk menjual ebook anda. Ia bukan sekadar menerbitkan, maka berduyun duyun orang membeli ebook anda.

Berbeza di Amazon, jika ebook anda laris. Maka Amazon akan membuat promosi dan membuat “highlight” tentang ebook anda. Ia adalah kerana pendapatan Amazon bergantung kepada jualan ebook anda. Jika lebih banyak ebook anda yang terjual, maka lebih banyak pendapatan Amazon perolehi.

Itulah yang dilakukan oleh Amazon. Anda mungkin tidak perlu melakukan sebarang promosi secara bersendirian kerana Amazon menyediakan tools untuk anda membuat promosi dan membina kredibiliti anda di dunia internet.

Apa yang anda perlu buat ialah tulis ebook, formatkan mengikut format kindle dan upload di KDP.

Panduan Penerbitan Ebook Di Amazon

Kami telah merangka dan menghasilkan panduan khas untuk penulis dari Malaysia untuk menerbitkan ebook mereka di Amazon.

panduan terbit ebook di amazon

Dapatkan Panduan Penerbitan Ebook Di KDP Sekarang

• Meet the Author • Sham


Mohd Shamsuriyadi merupakan seorang penulis, online marketer dan blogger yang terlibat dalam dunia penulisan sejak 2005. Beliau merupakan pengasas syarikat Ebook Media Publishing yang menfokuskan penerbitan ebook di pasaran tempatan dan antarabangsa.


CC » Featured Posts

0 comments… add one

Don’t Be Shy » Leave a Comment!